Sunday, January 4, 2009

Jenis Cara Belajar

Jenis Cara Belajar

A = AUDIO
K = KINESTETIC
V = VISUAL


A V K
( Verbal Gymnasts)
Belajar secara Optimum melalui
Pendengaran●Penglihatan●Pengalaman

Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
Pastikan anda bercakap mengenai pembelajaran pada setiap hari..
Kaitkan symbol/gambar kepada pembelajaran anda; ini meguatkan ingatan.
Bercakap mengenai apa yang anda sedang pelajari dengan penuh perasaan.
Cipta perumpamaan mengenai pembelajaran anda seperti ‘corak pemikiran adalah system penghadaman untuk minda’
Bergerak/berjalan kitika bercakap, pergerakan membolehkan penguasaan/penyelaman perasaan.
Baca nota dengan nada yang kuat, dan penuh persaan.


Perwatakan

Anda berkeupayan untuk ‘memenangi’ perbahasan dengan oaring lain. Anda biasanya jak kerana boleh mengeluarkan fikiran anda secara verbal dan sentiasa dapat mengikuti perbualan orng dewasa. Perkataan yang anda gunakan terbit secara teratur dan logic. Anda gemarkan fakta, sejarah dan semua jenis idea dan anda mengkagumi bahasa dan sentiasa dapat mempelajari dengan mudah. Para AVK mengemari membuat penjelasan, berbahas , dan berbincang berkenaan dengan apa saja idea. Anda kerap cuba untuk memahami dan membantu orng lain supaya mereka dapat mencapai apa yang anda capai.
Anda gemar membaca dan sangat termotivasi di dalam bidang akademik. Bagaimanapun, aktiviti menggunakan tangan , belajar kemahiran fizikal , serta sukan merupakan cabaran bagi anda.
Anda mengingat apa yang anda dengari serta boleh melihat pelbagai isu dari berbagai perspektif.
Anda biasanya perlukan kepelbagaian di dalam aktiviti anda , dan kerap mencipta pendekatan baru terhadap perkara yang menjadi aturan.


A K V
( Leaders of the Pack)
Belajar Optimum melalui
Pendengaran●Pengalaman●Penglihatan

Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
· Pastikan bahawa anda membahagikan masa setiap hari untuk berbincang mengenai pembelajaran.
· Kaitkan perasaan dengan pembelajaran. Ini dapat menguatkan ingatan.
· Bercakaplah mengenai apa yang anda sedang pelajari sekerap yang boleh.
· Bergerak/berjalan semasa anda sedang bercakap;ianya membolehkan anda menyelami perasaan anda.
· Gunakan mata untuk memberi focus/tumpuan.


Perwatakan
· Anda sangat suka bercakap. Anda gemar memimpin, mengetuai dan memberitahu orng lain apa yang patut dilakukan. Anda bercakap dengan jelas tanpa henti, dengan penuh perasaan dan intonasi. Walaupun anda tidak bercakap , anda akan ‘berbunyi’, samada bersiul @ merungut , @ menghasilkn apa-apa bunyi.
· Pendengaran adalah suatu yang mencabar, dan kerap menggangu orng lain terutama jika anda terasa seronok. Anda mempunyai tenaga fizikal yang kuat dalam diri anda.
· Kebanyakan manusia AKV adalah pengumpul harta secara kecilan. Anda mempunyai banyak idea besar dan selalu mengalami kekecewaan dan ketidakpuas hati apabila anda tidak tahu bagaiman menjadikan impian anda satu kenyataan.
· Anda mengingati apa yang anda dengari dan boleh mengulaginya dengan jelas seperti pita rakaman. Manusia AKV mengingati dgn cara mengulangi menyebut apa yang ingin dingati. Anda mempunyai perbendaharan kata yang luas.



V A K
( Show & Tellers)
Belajar secara Optimum melalui
Penglihatan●Pendengaran●Pengalaman

Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
· Ambil perhatian terhadap apa yang anda pelajari, dengan apa yang akan anda kata akan anda lakukan. Tambahkan gambar/symbol.
· Pastikan anda bercakap mengenai pembelajaran pada setiap hari. Ini membantu anda mengasingkan apa yang penting dengan apa yang tidak penting.
· Kaitkan pergerakan badan dengan pembelajaran, dengan bertanya.
· Bercakap secara metafora mengenai pembelajaran anda.
· Tanya soalan berkenaan benda yang anda pelajari.
· Asingkan kerja rumah serta tugasan anda, dan pastikan ada masa yang mencukupi untuk menyelesaikan.


Perwatakan
Orng biasanya akan memberi komen terhadap mata anda yg bersinar-sinar. Semasa menjadi pelajar, anda gemar untuk menunjukan dan menerangkan. Anda gemar untuk membaca dan menunjukan apa yang anda nampak anda selalunya suka membuat gambaran visual dengan apa yang anda pakai, yang mana iyanya dipilih secara berjenama, sistematik, dan berwarna-warni. Anda gemar membuat senarai, dan mempunyai tulisan yang kemas, boleh dibaca, dan anda sememangnya pelajar yg baik.
Anda gemar bercerita dan selalunya berdifat memujuk didalam penceritaan anda. Anda adalah guru semulajadi dan akan cuba untukmenyakinkan orng lain dalam apa jua keadaan . anda mempunyai banyak perasaan dan perasaan itu dapat anda luahkan melalui wajah anda.
Anda akan menjauhkan diri daripada melakukan aktiviti sukan kerana anda terpaksa melakukannya berulangkali untuk mempelajari. Anda sanagt berahsia mengenai perasaan anda.
Anda bersikap terbuka, ingin tahu serta bersemangat. Hak milik anda disusun secara teratur dan kemas. Anda mudah mengingat apa yg anda lihat atau baca.
Anda adalah milik orng ramai dan gemar bercakap kepada rakan anda , dan anda mampu mendengar dari kedua belah pihak.




V K A
(Seer and Feelers)
Belajar secara Optimum melalui
Penglihatan●Pengalaman●Pendengaran

Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
Ambil perhatian terhadap apa yang anda pelajari, dengan apa yang akan anda kata akan anda lakukan.
Tambahkan gambar/symbol
Kaitakan pergerakan badan dengan pembelajaran, dengan bertanya “bagaimana rasanya ?” atau ‘bagaimana boleh saya padankan benda ini dengan pergerakan badan saya?”
Bercakap secara metafora mengenai pembelajaran anda.
Tanya seberapa banyak soalan yang boleh semasa belajar. Ini akan memnbantu pemahaman anda.
Tanyakan maklumbalas dan kritikan yang membina di dalam penulisan.

Perwatakan
Anda seorng yang sangat boleh menyelami perasaan orang lain. Ada kalanya dikalangan kumpulan, anda akan menjadi pendiam dan menyendiri. Ada kalanya anda boleh menjadi sangat kecoh. Anda mesti mengunakan pergerakan tangan atau pergerakan badan ketika bercakap.
Anda sukar membuat keputusan untuk diri sendiri; kerap dipengaruhi oleh orng ramai. Apabila hasilnya tidak menyelebahi anda, anda akan merungut.
Anda mempunyai kordinasi mata-tangan yang amat baik, serta mudah untuk belajar hanya dengan memerhatikan orng lain dan kemudian mencuba sendiri. Anda gemar bekerja secara berkumpulan, lantas menjadikan anda seorng rakan kongsi yang baik.
Anda sangat cerewet dari segi inginkan pakaian dan persekitaran anda sesuai dengan imej dalaman yang telah anda cipta.
Aktiviti fizikal merupakan cara anda untuk melepaskan tenaga dan emosi.


K V A
( Wondering Wonders )
Belajar secara Optimum melalui
Pengalaman●Penglihatan●Pendengaran

Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
· Pastikan anda selesa secara fizikal semasa belajar.
· Kaitkan pergerakan badan dengan pembelajaran, dengan pembelajaran, dengan bertanya “ Bagaimana rasanya ?” atau ‘Bagaimana boleh saya padankanbenda ini dengan pergerakan badan saya?’
· Tambahkan gambar/symbol. Lukiskan maklumat yang anda pelajari dalam bentuk yang amat lengkap.
· Cipta perumpamaan mengenai pembelajaran anda .
· Tanya seberapa banyak soalan yang boleh belajar. Ini akan membantu pemahaman anda.



Perwatakan
· Anda adalah seorng pendiam yang menyukai alam serta mempunyai kewujudan fizikal yang kuat dan gemar berada di dalam keadaan senyap. Anda mempunyai kebolehan untuk menerima cadangan dan mempunyai kelembutan seluma jadi pada diri anda. Anda biasanya bertenaga semasa bergerak. Manusia KVA mudah mempelajari ilmu fizikal kerana mereka selalunya mempunyai kordinasi yang baik.
· Anda selalunya bersuara lembut dan selalu kelihatan memantau aksi orng lain. Percakapan yang keluar dari anda selalunya perlahan dan padat. Bercakap mengenai perasaan amat mencabar , dan anda mudah terpedaya jika mendegar terlalu banyak percakapan . anda biasanya seorng yang suka meneyndiri dan gemar berseronok seorng atau dengan seorng rakan baik.
· Anda gemarkan perkara yang berbagai seperti bolasepak dengan seni, dan berkebolehan untuk memahami bagaimana kaitan antara benda2 yang berbagai itu.
· Anda berkebolehan 3 demensi untuk membuat imej. Ini bermakna anda melihat perkara dari pelbagai sudut berbeza. Jawapan anda kepada soalan mgkn pendek , tepat dan unik.

K A V
( Movers and Groovers)
Belajar dengan Optimum melalui
Pengalaman●Pendengaran●Penglihatan

Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
· Pastikan anda selesa secara fizikal semasa belajar.
· Kaitakan pergerakan badan dengan pembelajaran.
· Maiankan music dengan perlahan semasa belajar.
· Bercakap mengenai apa yang anda pelajari dalam bentuk yang lengkap.
· Tilis nota yang jelas dan mudah, dan sertakan symbol kepada konsep yang penting.
· Tulis langkah yang lengkap bagaimana anda boleh menyelesaikan kerja rumah dan tugasan.


Perwatakan
· Anda mempunyai badan yang aktiv serta mata yang pamalu. Anda kelihatan seperti sentiasa bergerak , walaupun ketika duduk anda tidak duduk diam. Anda gemar untuk memahami dunia dengan cara yang jelas , sentuhan, rasa,hidu, atau seluruh anggota badan. Anda sangat teratur , serta merupakan ahli sukan semulajadi yang menggemari sukan bersifat kompetetif.
· Manusia KAV membuat renungan /pandangan pantas. Tulisan anda tidak selalunya kemas, dan anda keberatan untuk membaca dan menulis serta kerap barangan. Anda gemar bercakap mengenai apa yang anda sedang lakukan , bagaimana anda lakukan , serta apa perasaan anda ketika melakukanya
· Anda selalunya suka menunjukan kasih saying. Anda gemar menyentuh, dan disentuh.
· Keselasaan fizikal amat penting. Anda sanggup bersusah untuk memilih pakaian yang sesuaimempunyai berat dan permukaan yang sesuai. Anda pencari yang cekap, dapat mencari benda yang orng lain tdk dapat.


Cara Belajar

ARAHAN
Bagi setiap soalan dibawah , pilih 1 jawapan yang paling tepat. Jika terdapat lebih daripada satu jawapan yang sesuai, pilih satu yang menjadi keutaman sahaja. Setelah mendapat jawapan bulatkan kurungan huruf yang anda pilih. Kemudian setelah membulatkan kurungan berkenaan, tandakan (√) pada jadual, mengikut no.soalan dan huruf pada kurungan tersebut.

SOALAN
1] apa yg paling mudah anda ingat?

1.1 Apa yg tlh d’perkatakan, lawak jenaka,lirik,nama orng, tjk/tema. Sy mgingat dgn mnyebut sesuatu dgn berulang2. (U,V)
1.2 Apa yg tlh d’lihat, d’baca, wajah orng, bagaimana keadaan sesuatu. Sy mgingat dgn menulis sesuatu berulang kali. (Z,Y)
1.3 Apa yg tlh berlaku @ pengalaman , bau sesuatu. Sy mgingat sesuatu dgn melakukanya secara berulang kali. (X,W)

2] Apa yg anda paling ingat selepas melihat wayang , program di televisyen @ membaca?

2.1 Apa yg kelihatan pd watak dan babak tersebut. (Z,Y)
2.2 Apa yg mereka katakana dab bagaimana bunyi muziknya. (U,V)
2.3 Apa yg berlaku , bagaimana meraka membawa watak. (X,W)

3] Apa yang anda paling ingat bile brjumpa dgn seseorang.?

3.1 Apa yg saya lakukan dgn mereka @ bagaimana perasaan saya ketika bersama mereka. (X,W)
3.2 Bagaimana keadaan mereka dan cara mereka berpakaian. (Z,Y)
3.3 Nama meraka, cara mereka bercakap atau apa yang mereka katakana. (U,V)

4] Bagaimana tulisan anda?

4.1 Pada kebanyakan masa kemas dan boleh dibaca [teratur]. (Z,Y)
4.2 Susah untuk dibaca tetapi ia kemas. (V,X)
4.3 Tulisan saya lintang pukang. (U,V)

5] Bagaimana anda menerangkan keperluan dan kemahiran anda?

5.1 Saya sentiasa bergerak, resah dan perlukan kebebasan. (X,Y)
5.2 Saya boleh duduk diam dalam jangka masa yang lama. (V,Z)
5.3 Saya rasa jangal / kekok, mengeluh bila melakukan aktiviti fizikal. (V,Z)
5.4 Saya suka belajar kemahiran fizikal . (X,W)

6] Apa yang paling penting bila anda memilih pakainan untuk keluar bersiar2 ?

6.1 Keselesaan , corak dan kaian yang baik . (X,W)
6.2 Warna , bagaimana mereka melihat saya dan kesesuaian. (Z,Y)
6.3 Ia melambangkan saya, jenamanya dan apa yang sesuai untuk saya. (U,V)

7] Bagaimana anda meluahkan perasan anda ?

7.1 Ianya sangat peribadi berkenaan dgn perasan saya. (Z)
7.2 Perasaan saya biasanya mengikut keadaan. (U,V)
7.3 Saya meluahkan perasan saya dengan mudah. (U,V)
7.4 Saya ada sebab untuk berperasan sedemikian. (V)
7.5 Ianya sukar untuk diterjemahkan dengan perkataan. (X)

8] Dalam keadan bagaiman anda boleh hilang tumpuan @ anda mengalamun ?

8.1 Bila banyak melihat dengan teliti , menunjukkan sesuatu @ seolah berkenan apa yg saya lihat. (U,W)
8.2 Terlalu banyak penerangan @ persoalan tentang apa yang saya dengar. (Y,X)
8.3 Bila banyak sangat pilihan untuk di buat , atau persoaln tentang perasaan saya. (V,Z)

9] Bagaimana anda menerangkan cara anda bercakap ?

9.1 Saya bercakap menggunakan perkataan dengan teratur , logic tanpa ragu-ragu. (U,V)
9.2 Saya mempunyai pembendaharan kata yang banyak @ saya malu untuk bercakap didalam kumpulan. (Y,X)
9.3 Saya banyak menggunakan perlembagan dan gambaran tentang apa yang saya cakapkan. (Z,W)
9.4 Saya bercakap tentang apa yang telah saya lakukan dan bagaimana saya rasa dan berlaku. (W)
9.5 Saya mesti menggunakan tangan untuk mencari sesuatu perkataan. (Y,W)
9.6 Saya bercakap pusing2 dan banyak bertanya. (Y,X)

10] Bagaimana anda menerangkan tentang cara anda memandang orng lain ?

10.1 Saya tetap seperti biasa, memandang secara berterusan dan tetap. (Z,Y)
10.2 Malu nata dan saya kurang selesa dengan pandangan mata lain walaupun sekejap. (U,W).
10.3 Saya boleh bertahan lama tetapi mata saya terkelip-kelip. (V,X)10.4 Mata saya menjeling-jeling bila saya mendengar terlalu lama. (Y,X)

11] Apa yang membuatkan anda tidak selesa bila orng melihat anda ?

11.1 Kata-kata yang menyakitkan . (Y,X)
11.2 Sentuhan dan suka mencuit-cuit. (V,Z)
11.3 Pandangan yang tajam. (U,W)


12] Bagaiman anda menggunakan peralatan yang baru ?

12.1 Saya membaca arahan dan buat sendiri. Beritahu saya jika saya keliru. (Y)
12.2 Saya membaca arahan , Tanya soalan dan beritahu diri saya untuk buat sendiri. (Z)
12.3 Saya berkerja dengan apa yang ada , tanya soalan jika saya memerlukan. Saya tak baca pun arahan yang diberikan. (W)
12.4Saya bekerja dengan apa yang ada, saya lihat gambar rajah dan saya Tanya soalan. (X)
12.5 Mesti ada orng yang beritahu saya, bagaimana hendak melakukanya kemudian saya cuba. (V).
12.6 Saya mempunyai seseorng untuk memberitahu saya bagaimana hendak melakukan nya dan saya cuba untuk melakukannya. Saya akan membaca arahan yang telah diberikan sahaja. (U)

*p/s= Cara belajar terbahagi kpd beberapa jenis(AVK,AKV,KVA,KAV,VAK,VKA)
*jika anda mahukan Jadual ujian cara belajar ini sila hantarkan email ke; jang_underground@yahoo.com @ Yahoo Massenger; jang_underground@yahoo.com
(JADUAL TIDAK DAPAT DIMASUKAN DIDALAM BLOG INI ATAS SBB XDIKETAHUI)

Makna Huruf Pertama Nama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A-Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B-Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C-Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D-Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain...
E-Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F-Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G-Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H-Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I-Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J-Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas..
K-Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L-Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M-Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N-Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri
O-Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P-Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q-Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R-Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S-Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T-Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U-Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V-Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W-Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X-Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y-Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z-Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

* Dont belive it 100% Coz Allah maha mengatahui, ini hanya la panduan*