Jenis Cara Belajar
A = AUDIO
K = KINESTETIC
V = VISUAL
A V K
( Verbal Gymnasts)
Belajar secara Optimum melalui
Pendengaran●Penglihatan●Pengalaman
Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
Pastikan anda bercakap mengenai pembelajaran pada setiap hari..
Kaitkan symbol/gambar kepada pembelajaran anda; ini meguatkan ingatan.
Bercakap mengenai apa yang anda sedang pelajari dengan penuh perasaan.
Cipta perumpamaan mengenai pembelajaran anda seperti ‘corak pemikiran adalah system penghadaman untuk minda’
Bergerak/berjalan kitika bercakap, pergerakan membolehkan penguasaan/penyelaman perasaan.
Baca nota dengan nada yang kuat, dan penuh persaan.
Perwatakan
Anda berkeupayan untuk ‘memenangi’ perbahasan dengan oaring lain. Anda biasanya jak kerana boleh mengeluarkan fikiran anda secara verbal dan sentiasa dapat mengikuti perbualan orng dewasa. Perkataan yang anda gunakan terbit secara teratur dan logic. Anda gemarkan fakta, sejarah dan semua jenis idea dan anda mengkagumi bahasa dan sentiasa dapat mempelajari dengan mudah. Para AVK mengemari membuat penjelasan, berbahas , dan berbincang berkenaan dengan apa saja idea. Anda kerap cuba untuk memahami dan membantu orng lain supaya mereka dapat mencapai apa yang anda capai.
Anda gemar membaca dan sangat termotivasi di dalam bidang akademik. Bagaimanapun, aktiviti menggunakan tangan , belajar kemahiran fizikal , serta sukan merupakan cabaran bagi anda.
Anda mengingat apa yang anda dengari serta boleh melihat pelbagai isu dari berbagai perspektif.
Anda biasanya perlukan kepelbagaian di dalam aktiviti anda , dan kerap mencipta pendekatan baru terhadap perkara yang menjadi aturan.
A K V
( Leaders of the Pack)
Belajar Optimum melalui
Pendengaran●Pengalaman●Penglihatan
Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
· Pastikan bahawa anda membahagikan masa setiap hari untuk berbincang mengenai pembelajaran.
· Kaitkan perasaan dengan pembelajaran. Ini dapat menguatkan ingatan.
· Bercakaplah mengenai apa yang anda sedang pelajari sekerap yang boleh.
· Bergerak/berjalan semasa anda sedang bercakap;ianya membolehkan anda menyelami perasaan anda.
· Gunakan mata untuk memberi focus/tumpuan.
Perwatakan
· Anda sangat suka bercakap. Anda gemar memimpin, mengetuai dan memberitahu orng lain apa yang patut dilakukan. Anda bercakap dengan jelas tanpa henti, dengan penuh perasaan dan intonasi. Walaupun anda tidak bercakap , anda akan ‘berbunyi’, samada bersiul @ merungut , @ menghasilkn apa-apa bunyi.
· Pendengaran adalah suatu yang mencabar, dan kerap menggangu orng lain terutama jika anda terasa seronok. Anda mempunyai tenaga fizikal yang kuat dalam diri anda.
· Kebanyakan manusia AKV adalah pengumpul harta secara kecilan. Anda mempunyai banyak idea besar dan selalu mengalami kekecewaan dan ketidakpuas hati apabila anda tidak tahu bagaiman menjadikan impian anda satu kenyataan.
· Anda mengingati apa yang anda dengari dan boleh mengulaginya dengan jelas seperti pita rakaman. Manusia AKV mengingati dgn cara mengulangi menyebut apa yang ingin dingati. Anda mempunyai perbendaharan kata yang luas.
V A K
( Show & Tellers)
Belajar secara Optimum melalui
Penglihatan●Pendengaran●Pengalaman
Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
· Ambil perhatian terhadap apa yang anda pelajari, dengan apa yang akan anda kata akan anda lakukan. Tambahkan gambar/symbol.
· Pastikan anda bercakap mengenai pembelajaran pada setiap hari. Ini membantu anda mengasingkan apa yang penting dengan apa yang tidak penting.
· Kaitkan pergerakan badan dengan pembelajaran, dengan bertanya.
· Bercakap secara metafora mengenai pembelajaran anda.
· Tanya soalan berkenaan benda yang anda pelajari.
· Asingkan kerja rumah serta tugasan anda, dan pastikan ada masa yang mencukupi untuk menyelesaikan.
Perwatakan
Orng biasanya akan memberi komen terhadap mata anda yg bersinar-sinar. Semasa menjadi pelajar, anda gemar untuk menunjukan dan menerangkan. Anda gemar untuk membaca dan menunjukan apa yang anda nampak anda selalunya suka membuat gambaran visual dengan apa yang anda pakai, yang mana iyanya dipilih secara berjenama, sistematik, dan berwarna-warni. Anda gemar membuat senarai, dan mempunyai tulisan yang kemas, boleh dibaca, dan anda sememangnya pelajar yg baik.
Anda gemar bercerita dan selalunya berdifat memujuk didalam penceritaan anda. Anda adalah guru semulajadi dan akan cuba untukmenyakinkan orng lain dalam apa jua keadaan . anda mempunyai banyak perasaan dan perasaan itu dapat anda luahkan melalui wajah anda.
Anda akan menjauhkan diri daripada melakukan aktiviti sukan kerana anda terpaksa melakukannya berulangkali untuk mempelajari. Anda sanagt berahsia mengenai perasaan anda.
Anda bersikap terbuka, ingin tahu serta bersemangat. Hak milik anda disusun secara teratur dan kemas. Anda mudah mengingat apa yg anda lihat atau baca.
Anda adalah milik orng ramai dan gemar bercakap kepada rakan anda , dan anda mampu mendengar dari kedua belah pihak.
V K A
(Seer and Feelers)
Belajar secara Optimum melalui
Penglihatan●Pengalaman●Pendengaran
Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
Ambil perhatian terhadap apa yang anda pelajari, dengan apa yang akan anda kata akan anda lakukan.
Tambahkan gambar/symbol
Kaitakan pergerakan badan dengan pembelajaran, dengan bertanya “bagaimana rasanya ?” atau ‘bagaimana boleh saya padankan benda ini dengan pergerakan badan saya?”
Bercakap secara metafora mengenai pembelajaran anda.
Tanya seberapa banyak soalan yang boleh semasa belajar. Ini akan memnbantu pemahaman anda.
Tanyakan maklumbalas dan kritikan yang membina di dalam penulisan.
Perwatakan
Anda seorng yang sangat boleh menyelami perasaan orang lain. Ada kalanya dikalangan kumpulan, anda akan menjadi pendiam dan menyendiri. Ada kalanya anda boleh menjadi sangat kecoh. Anda mesti mengunakan pergerakan tangan atau pergerakan badan ketika bercakap.
Anda sukar membuat keputusan untuk diri sendiri; kerap dipengaruhi oleh orng ramai. Apabila hasilnya tidak menyelebahi anda, anda akan merungut.
Anda mempunyai kordinasi mata-tangan yang amat baik, serta mudah untuk belajar hanya dengan memerhatikan orng lain dan kemudian mencuba sendiri. Anda gemar bekerja secara berkumpulan, lantas menjadikan anda seorng rakan kongsi yang baik.
Anda sangat cerewet dari segi inginkan pakaian dan persekitaran anda sesuai dengan imej dalaman yang telah anda cipta.
Aktiviti fizikal merupakan cara anda untuk melepaskan tenaga dan emosi.
K V A
( Wondering Wonders )
Belajar secara Optimum melalui
Pengalaman●Penglihatan●Pendengaran
Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
· Pastikan anda selesa secara fizikal semasa belajar.
· Kaitkan pergerakan badan dengan pembelajaran, dengan pembelajaran, dengan bertanya “ Bagaimana rasanya ?” atau ‘Bagaimana boleh saya padankanbenda ini dengan pergerakan badan saya?’
· Tambahkan gambar/symbol. Lukiskan maklumat yang anda pelajari dalam bentuk yang amat lengkap.
· Cipta perumpamaan mengenai pembelajaran anda .
· Tanya seberapa banyak soalan yang boleh belajar. Ini akan membantu pemahaman anda.
Perwatakan
· Anda adalah seorng pendiam yang menyukai alam serta mempunyai kewujudan fizikal yang kuat dan gemar berada di dalam keadaan senyap. Anda mempunyai kebolehan untuk menerima cadangan dan mempunyai kelembutan seluma jadi pada diri anda. Anda biasanya bertenaga semasa bergerak. Manusia KVA mudah mempelajari ilmu fizikal kerana mereka selalunya mempunyai kordinasi yang baik.
· Anda selalunya bersuara lembut dan selalu kelihatan memantau aksi orng lain. Percakapan yang keluar dari anda selalunya perlahan dan padat. Bercakap mengenai perasaan amat mencabar , dan anda mudah terpedaya jika mendegar terlalu banyak percakapan . anda biasanya seorng yang suka meneyndiri dan gemar berseronok seorng atau dengan seorng rakan baik.
· Anda gemarkan perkara yang berbagai seperti bolasepak dengan seni, dan berkebolehan untuk memahami bagaimana kaitan antara benda2 yang berbagai itu.
· Anda berkebolehan 3 demensi untuk membuat imej. Ini bermakna anda melihat perkara dari pelbagai sudut berbeza. Jawapan anda kepada soalan mgkn pendek , tepat dan unik.
K A V
( Movers and Groovers)
Belajar dengan Optimum melalui
Pengalaman●Pendengaran●Penglihatan
Panduan untuk meningkatkan keupayan pembelajaran anda;
· Pastikan anda selesa secara fizikal semasa belajar.
· Kaitakan pergerakan badan dengan pembelajaran.
· Maiankan music dengan perlahan semasa belajar.
· Bercakap mengenai apa yang anda pelajari dalam bentuk yang lengkap.
· Tilis nota yang jelas dan mudah, dan sertakan symbol kepada konsep yang penting.
· Tulis langkah yang lengkap bagaimana anda boleh menyelesaikan kerja rumah dan tugasan.
Perwatakan
· Anda mempunyai badan yang aktiv serta mata yang pamalu. Anda kelihatan seperti sentiasa bergerak , walaupun ketika duduk anda tidak duduk diam. Anda gemar untuk memahami dunia dengan cara yang jelas , sentuhan, rasa,hidu, atau seluruh anggota badan. Anda sangat teratur , serta merupakan ahli sukan semulajadi yang menggemari sukan bersifat kompetetif.
· Manusia KAV membuat renungan /pandangan pantas. Tulisan anda tidak selalunya kemas, dan anda keberatan untuk membaca dan menulis serta kerap barangan. Anda gemar bercakap mengenai apa yang anda sedang lakukan , bagaimana anda lakukan , serta apa perasaan anda ketika melakukanya
· Anda selalunya suka menunjukan kasih saying. Anda gemar menyentuh, dan disentuh.
· Keselasaan fizikal amat penting. Anda sanggup bersusah untuk memilih pakaian yang sesuaimempunyai berat dan permukaan yang sesuai. Anda pencari yang cekap, dapat mencari benda yang orng lain tdk dapat.